20170827

Hati
Jangan lah kau bimbang lagi
Jangan lah kau risau lagi
Akan mereka yang datang menyakiti

Hati
Mungkin ini kali terakhir
Mungkin takkan pernah ada kisah selepas ini
Maafkan aku
Mungkin silapnya datang dari aku
Maafkan aku untuk segala rayu

Untuk dia si penyinggah hati
Terima kasih untuk hadir mu
Takkan aku lupa senyum dan tawa mu
Takkan aku lupa setiap saat yang kau pinjamkan
Takkan aku lupa apa yang kita panggil memori

Hadirnya kau si penyinggah hati mungkin sekejap
Sekejap yang aku pasti akan berparut
Sekejap yang aku pasti akan ingat selamanya
Maafkan aku
Untuk selalu terlambat
Untuk setiap silap aku
Untuk janji yang aku mungkir

Maafkan aku